Jumaat, 30 Oktober 2009

KERJA-KERJA PENDAWAIAN DOMESTIK




























































Kerja-kerja pendawaian semula 3fasa (3Phase) untuk 96 unit kuarter pegawai tldm Lumut. Kerja-kerja mula dijalankan pada bulan April 2009. Projek dibawah JKR Manjung, Perak. Semua pedawaian mengikut specifikasi JKR dengan saluran pendawaian melalui G.I. konduit dan berkualiti Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.




























































KERJA-KERJA MEMASANG LAMPU HIASAN JALAN


Kerja-kerja memasang lampu hiasan jalan sekitar bandaraya Ipoh sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah sultan Perak pada bulan February 2009.



















Sistem Yang Efisen Menjamin Kerja Yang Terbaik

  • Gambar bangunan pejabat Synergytech Resources beroperasi bagi melancarkan pengurusan dan merancang operasi kerja di bangunan dua tingkat di Lot No. 22 & 22A, Laluan Desa Pengkalan 6, Taman Desa Pengkalan, 31500 Lahat, Ipoh, Perak.

Setiap pagi setiap pekerja diwajidkan menghadiri rocall pagi, pekerja diberikan taklimat kerja-kerja yang akan dijalankan. Mengenal pasti masalah kerja dan menerima lapuran progress kerja. Memastikan peralatan kerja telah di kumpul untuk dibawa kerja, memastikan barang-barang bekalan untuk projek lengkap dan cukup bagi melancarkan kerja.















Gambar menunjukkan pekerja-pekerja sedang memasukan barang-barang dan peralatan kerja kedalam kenderaan dan memastikan semua peralatan dan barang-barang kerja disusun kemas agar tidak rosak dan tidak tertinggal semua peralatan dan barang kerja agar kerja berjalan lancar dan efisen. Setiap pekerja diwajibkan memastikan semua barang lengkap dan cukup.

MEMBEKAL POKOK BUNGA HIASAN LANDSCAPE




Gambar menunjukkan kerja-kerja membekal pokok-pokok bunga hiasan bagi projek landscaping di kawasan Sekolah Menengah Poi Lam (TIWA), Jalan Pengkalan, Ipoh sempena sambutan Jubli Emas sekolah tersebut pada bulan Jun 2008.










KERJA MEMBAIK PULIH LAMPU AWAM


Kerja-kerja mengganti tiang baru dan membaik-pulih pendawaian lampu awam. Kerja ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan tiang-tiang lampu awam yang rosak dilanggar akibat kemalangan jalanraya di Jalan Raja Dihilir, Jalan Hospital, Jalan Ampang, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Pemaisuri Bainun, Sekitar Jalan-Jalan Greentown Business Centre dan Jalan Raja Nazrin. Kerja-kerja Penyelenggaraan ini di bawah Dewan Bandaraya Ipoh. Kerja-kerja dijalan sekitar bulan Mac 2008. Gambar menunjukan kerja-kerja mengantikan tiang lampu baru dan membaik-pulih sistem pendawaian di Jalan Hospital Besar, Ipoh, Perak.

KERJA-KERJA MENANAM TIANG LAMPU AWAM


Kerja-kerja mengubah lampu jalan dan merombak semula laluan kabel bawah tanah menerusi jalan baru yang dibina di hadapan komplek pendidikan yang baru di jalan Bercham Permai, Tambun, Perak Kerja-kerja ini berjalan pada bulan Mac 2008 di bawah projek Majlis Bandaraya Ipoh

KERJA-KERJA MENANAM TIANG LAMPU JALAN


Kerja-kerja menanam tiang lampu jalan yang baru dan merintang kebal baru bagi membekal kuasa kepada projek lampu awam di sepanjang jalan di Bandar Bercham Raya Ke Taman Perpaduan, Tambun, Perak. Kerja ini berjalan pada bulan Januari 2008. Projek dibawah Dewan Bandaraya Ipoh.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN


Kerja menanam semula tiang lampu baru, gambar menunjukkan kerja-kerja membuat pendawaian baru dan menggantikan tiang baru .Kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dijalankan di Jalan Raja Di Hilir ( Jalan Tambun ) Ipoh, Perak. Kerja ini adalah kerja penyelenggaraan Dewan Bandaraya Ipoh yang dijalankan bulan Disember 2007.

KERJA-KERJA BAIK PULIH LAMPU JALAN

Kerja-kerja merombak dan menggantikan baru tiang lampu hiasan Dewan Bandaraya Ipoh di sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah ( Tiger Lane). Kerja-kerja ini dijalankan pada bulan Februari 2008.